Kumpulan Radja Terpaksa Lelong Kaca Mata Untuk Meneruskan Kehidupan Gara-Gara Mahu Beli Makanan

Penyanyi kumpulan Radja, Ian Kasela mendedahkan beliau terpaksa menjual dan melelong kaca matanya demi membeli makanan.

Ia ekoran daripada penularan wabak COVID-19, dimana negara Indonesia kini mengamalkan Arahan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB), yang menyebabkan sebilangan selebriti di negara itu tidak mempunyai wang bagi meneruskan kehidupan.

Menurut Ian Kasela, kaca mata yang dilelongnya itu mempunyai sentimental value dan sering dipakainya untuk persembahan di konsert-konsert sebelum ini.

Tambahnya lagi, sejak pandemik COVID-19 melanda, kumpulan Radja tidak lagi memiliki sumber kewangan kerana sudah tidak lagi mempunyai pekerjaan.

“Kami tidak mempunyai tabungan dan memang sudah lama tidak menjayakan persembahan. Disebabkan tidak ada pekerjaan untuk menampung kehidupan, kami fikir lebih baik menjual barangan koleksi kami.

“Ini kami lakukan untuk menyambung hidup, bukan digunakan untuk berfoya-foya,” katanya.

Antara kaca mata yang pernah dilelong Ian adalah satu kaca mata hitam bernilai 200 juta rupiah (RM56,000).

“Sebelum ini saya pernah melelong kaca mata hitam dengan harga 200 juta rupiah. Ia bertujuan untuk keperluan amal dan berlangsung secara spontan. Saya sumbang satu cermin mata dan tak sangka terjual dengan harga tinggi. Cermin mata itu berjenama dan kebetulan yang datang orang-orang besar yang berkemampuan membida,” katanya.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Saya Akui, Saya Memang Tidak Berpuas Hati Kerana…” Video Seekor Tikus Sedang ‘Menjamah’ Ayam Berkuah Viral