“Ketika Ini Sudah Semakin Kurus” Anak Amran Tompel Dedah Keadaan Terkini Ayahnya Selepas Kena Angin Ahmar

Seremban: “Tidak banyak perubahan positif yang dialami pada kesihatan ayah sebaliknya beliau ketika ini sudah semakin kurus kerana tiada selera makan,” kata Shafiq, 26, anak pelakon dan pelawak Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel.

Amran Tompel, 70, kini terlantar akibat serangan angin ahmar sejak Mac lalu di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height, Senawang, Seremban.

Beliau diserang angin ahmar buat kali kedua sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Shafiq berkata, daya ingatan bapanya juga sudah tidak kuat dan mula kurang mengingati termasuk ahli keluarga.

“Beliau sudah mula menjadi pelupa dan tidak mengingati orang atau kenalan.

“Namun kami kalangan ahli keluarga terus berusaha menjaga bapa dengan baik dan memantau perkembangan kesihatannya serta mendapatkan rawatan yang perlu dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ketika ini ibu dan dua adik beradiknya menjaga bapa kerana dia bekerja di Kuala Lumpur.

“Namun, saya pulang ke Senawang setiap hujung minggu bagi melihat keadaan ayah.

“Doa kami sekeluarga agar ayah terus pulih seperti sediakala,” katanya.

Difahamkan, terdapat beberapa pihak tampil membantu Amran Tompel termasuk Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan selain masyarakat setempat membabitkan bantuan lampin pakai buang dan makanan asas

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Inginkan Payudara Yang Cantik, Gadis Hilang Keupayaan Otak Dan Koma Sebelum Meninggal Dunia