“Seganlah Dengan Suami” Dr Irma Kongsi 4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketiak Hitam

Dr. Irma Shida telah berkongsi cara-cara untuk mengelakkan dan sekali gus mengatasi masalah bahagian bawah lengan gelap menerusi akaun Twitter milik beliau. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga laman sosial itu di mana ia mencatat lebih 1,400 ulang kicau dan 2,700 tanda suka.

Menurut Dr. Irma, masalah bahagian bawah lengan hitam ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekiranya mereka tidak melakukan penjagaan yang betul.

Sumber: Instagram Dr. Irma Shida

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk mengelakkan dan mengatasi masalah ketiak hitam sepertimana disarankan oleh Dr. Irma:

  1. Guna kaedah waxinguntuk mencukur bulu ketiak

Dr. Irma menyarankan supaya anda memilih waxing dan rawatan laser daripada mencukur bagi membuang bulu di bahagian bawah lengan.

Bukan sahaja langkah mencukur bulu ketiak dengan terlalu kerap ini akan menyebabkan kulit di bahagian bawah lengan menjadi gelap, ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit anda. Menurut Dr. Irma, geseran secara berulang kali akan buatkan kulit anda akan menjadi lebih tebal. Kulit yang tebal ini pula akan menjadi lebih gelap ataupun hyperpigmented.

  1. Exfoliation

Kaedah exfoliation ini akan merangsang perolehan sel kulit yang akan membuatkan bahagian bawah lengan anda menjadi lebih cerah dan lembut.

Dengan cara ini, semua kulit mati akan dapat dibuang. Mereka yang mempunyai masalah ketiak gelap juga sangat disarankan untuk jadikan langkah ini sebagai rutin. Anda boleh guna body scrub ataupun facial exfoliator 2-3 kali seminggu.

  1. Pakai pakaian yang longgar
Artikel Berkaitan   "Saya Tak Menyangka Majlis Perkahwinan Berlangsung” Hujan Lebat, Banjir Tetapi Bakhoe Bawa 2 Pengantin Ini

Sekiranya anda selalu pakai pakaian ketat di bahagian bawah lengan, ia akan menyebabkan geseran pada kulit. Geseran ini yang akan menyebabkan perubahan warna kulit dan sekali gus membuatkan bahagian bawah lengan anda menjadi gelap.

Untuk mengatasi masalah ini, Dr. Irma menyarankan anda untuk memakai pakaian longgar terutamanya selepas baru sahaja wax bahagian bawah lengan.

  1. Deodoran

Pemilihan deodoran yang sempurna akan membantu anda untuk mengatasi masalah ketiak hitam. Kandungan bahan kimia pada deodoran akan membuatkan bahagian bawah lengan anda menjadi lebih gelap.

Oleh itu, Dr. Irma menyarankan supaya anda menggunakan larutan tawas sebagai pengganti deodoran. Tawas boleh mencegah bahagian bawah lengan daripada menjadi hitam dan mampu mengatasi masalah bau badan.

Antara produk yang disarankan Dr. Irma adalah deodoran yang diformulasikan oleh beliau sendiri iaitu Deodorant Spray keluaran Dr. Irma Personal Care.

Selain mampu membuat masalah ketiak hitam anda beransur pulih, Deodorant Spray ini menggunakan tawas sebagai bahan aktif di mana badan akan menjadi wangi semula jadi selepas penggunaannya.

kredit i am lejen