“Ini Pengalaman Pertama Saya Kena Tipu Sebegini, Dia Terima Habuan Atas Perbuatan Jijik Mereka”

PELAKON popular, Rozita Che Wan bersyukur apabila pasangan suami isteri yang didakwa memperdaya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah dengan harga promosi berjaya ditahan beru-baru ini.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, penahanan pasangan itu dianggap habuan atas perbuatan yang dibuat.

“Ini pengalaman pertama saya kena tipu sebegini. Apa boleh dikatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Ramai mangsa penipuan dia yang lega apabila dia ditangkap.

“Walaupun saya berasa ralat sebab duit tak dapat balik, tapi sekurang-kurangnya dia terima habuan atas perbuatan jijik mereka,” katanya.

Pun begitu, Che Ta berkata dia tetap meneruskan percutian seperti yang sudah dirancang bersama keluarga dan beberapa rakan lain.

“Percutian itu pada 26 September lalu. Disebabkan sudah rancang awal, jadi saya, suami dan rakan lain pergi juga. Cuma, kami tempah hotel lain,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro hari melaporkan suspek terbabit didakwa mengambil kesempatan menawarkan promosi pakej penginapan bilik hotel mewah kononnya bagi menghargai petugas barisan hadapan Covid-19.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Penduduk Gempar Jumpa Mayat Wanita Meninggal Semasa Bersalin, Bayi Ditemui Masih Bernyawa