Pakai Pelitup Muka, Jerawat Makin Naik Banyak, Ini Pesanan Pakar Untuk Semua Wanita!

Menurut pakar dermatologi, Dr Sonia Hanifati, berikutan penularan Covid-19 yang berlaku di seantero dunia masyarakat sentiasa dinasihatkan berwaspada dengan memakai penutup muka.

LAZIMNYA, masalah jerawat dan iritasi berlaku pada kawasan wajah yang kerap ditutup pelitup muka.

“Pun begitu, dek kekerapan memakai topeng muka majoriti individu mengeluh kerana mereka kini terpaksa berdepan pula dengan masalah mask acne (jerawat dan iritasi).

“Perlu difahami masalah kulit wajah berkenaan berpunca apabila kelembapan terperangkap di dalam topeng muka.

“Secara tidak langsung, pori-pori tersumbat lalu meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat,” jelas beliau seperti dipetik www.kompas.com.

Justeru, bagi mengatasi masalah maskacne dan iritasi, segmen Sihat Cantik berkongsi 3 tip mudah. Antaranya ialah:

1- Tukar topeng muka
Disebabkan pihak kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng bermula pada 1 Ogos lalu, pastikan korang sentiasa memakainya sebelum keluar rumah.

JANGAN memakai topeng muka sama dari pagi hingga malam kerana ia menyebabkan kulit wajah terdedah pada bakteria yang melekat pada item berkenaan.

Pada masa sama, simpan beberapa helai pelitup muka di dalam bekas atau pek yang bersih di dalam beg tangan. Langkah ini bertujuan memudahkan proses untuk menukar mask sekurang-kurangnya setiap tiga jam.

Elak menggunakan topeng muka sama dari pagi hingga malam supaya wajah tidak ‘berdampingan’ dengan bakteria yang melekat lama pada mask.

2- Krim pelembap dan serum
Sebelum keluar bersantai, membeli-belah atau ke pejabat pastikan kulit wajah dilapisi krim pelembap dan serum bagi mengekalkan kelembapan berpanjangan.

Selain itu, pastikan krim pelembap pilihan mengandungi agen pelembut yang membantu meredakan jerawat dan masalah kekeringan.

3- Elak krim asas
Tidak salah untuk bersolek supaya wajah tidak kelihatan pucat.

Artikel Berkaitan   Anak Sangka Ikan Dicuri Rupanya Ia Telah Digoreng Ayah Sendiri Dan Beliau Makan Sendirian

Bagaimanapun, wanita disarakan agar tidak menyapu krim asas terlalu tebal kerana ia mendorong pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.

kredit sinarplus