“Haha, Apapun Selamatkan Gelas Dulu” Video Nenek Selamatkan Gelas Berbanding Cucu Daripada Jatuh Undang Gelak

Menjaga bayi bukanlah tugasan yang mudah terutamanya bagi orang tua kerana sifat bayi yang suka merangkak dan menyentuh semua barang. Sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan situasi yang sama apabila seorang bayi cuba mengambil segelas minuman beralkohol neneknya.

Dalam video yang dikongsikan, bayi tersebut dilihat berdiri di tepi meja sambil dipegang neneknya, namun dia kemudian mencapai gelas minuman dari atas meja itu.

Sejurus selepas wanita itu menyedari cucunya ingin mengambil gelas berisi Champagne itu, dia mencuba yang terbaik untuk mengambilnya semula tanpa menumpahkan minuman di dalam gelas berkenaan, tetapi tidak berjaya apabila bayi berkenaan menarik cawan tersebut sehingga separuh isinya tertumpah.

Akibatnya wanita tersebut secara tidak sengaja mengalihkan tangannya yang menyokong bayi itu untuk menghalang Champagne tersebut dari tertumpah, menyebabkan cucunya hilang keseimbangan dan jatuh terduduk di lantai.

Apabila diperhatikan, jelas bahawa wanita yang dipercayai berasal dari AS itu perlu membuat keputusan yang sukar sama ada untuk terus menyokong bayi itu ataupun menyelamatkan minumannya. Tindakan wanita itu yang secara tidak sedar melepaskan cucunya untuk menangkap gelas minuman berkenaan membuat penonton geli hati.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Ko Ada Lesen Tak, Dah Tau Double Line, Nak Potong Juga, Tengok Apa Yang Dah Jadi?..” Padah Memandu Melulu