“Kurang Ajar Pemabuk” Video Lelaki Mabuk Maki Polis, Ingkar Arahan Polis Supaya Bersurai Tular

TANJUNG MALIM – Empat lelaki mabuk ditahan selepas melakukan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River di sini hari ini.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota Unit Peronda Polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat sekumpulan lelaki sedang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik yang kuat di lokasi kejadian.

Katanya, apabila sampai di lokasi, didapati empat lelaki sedang mabuk dan berada di luar kereta yang diletakkan di tepi jalan.

“Anggota MPV telah memberi nasihat agar mereka beredar dan tidak membuat bising.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka telah mengamuk dan menyerang anggota tersebut dengan menolak badan serta mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, seorang suspek juga telah bertindak merakam video dan cuba membuat provokasi ke atas anggota berkenaan.

“Siasatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati negatif dadah dan mereka direman tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 18 saat itu tular di media sosial hari ini dengan memaparkan seorang lelaki melakukan provokasi terhadap seorang anggota polis yang kejadian itu dirakam rakannya. – K!ONLINE

kredit kosmo

Artikel Berkaitan   Allahuakbar! Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020 Dilahirkan Buta Bukan Halangan Baginya Untuk Buta Al-Quran