“Ada Orang Pecah Masuk Rumah Saya!” Perbualan Lelaki Minta Tolong Talian Kecemasan, Akhrinya Operator Benggang

Perkhidmatan panggilan kecemasan membenarkan kita untuk mendapatkan bantuan apabila berada dalam situasi yang mengancam keselamatan. Apabila kita menghubungi 991 atau 999 bergantung kepada negara, kita perlu memberi maklumat dan menerangkan situasi kepada operator.

Tugas operator pula adalah untuk menilai panggilan kita dan menentukan jenis tindak balas yang diperlukan, di samping cuba menenangkan pemanggil dalam situasi tersebut.

Proses itu dapat disaksikan dalam sebuah video perbualan yang tular antara seorang lelaki yang membuat panggilan kecemasan dengan operator.

Lelaki itu memberitahu bahawa ada penceroboh memasuki rumahnya, jadi operator menyuruhnya agar tidak bergerak kerana pihak berkuasa akan datang untuk memeriksa keadaan.

Namun lelaki tersebut berkata dia akan pergi menyiasat sendiri, dan rupa-rupanya penceroboh itu adalah seekor anjing. Operator tersebut kemudian memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak mendekati anjing tersebut kerana ia mungkin anjing gila, namun lelaki itu tetap menghampiri anjing berkenaan yang dikatakan sejenis labradoodle.

Operator itu berkeras menyuruh lelaki terbabit keluar dari bilik tersebut namun lelaki itu berkata anjing itu sedang menjilat mukanya.

Apabila ditanyakan bagaimana anjing itu boleh masuk ke dalam rumah, lelaki itu dengan tidak bersalah mengaku dia memasang pintu anjing untuk membenarkan anjing luar masuk.

Operator tersebut kedengaran bengang apabila dia mengucapkan selemat tinggal kepada lelaki itu dan menamatkan panggilan.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Suspek Yang Membakar Kereta Mufti Perlis Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah