Baru 2 Minggu Berpantang, Ramai Wanita Cemburu Badan Fazura Macam Anak Dara

Aktres jelita, Nur Fazura berkongsi foto terkini dirinya selepas dua minggu melahirkan cahaya mata pertamanya, Nur Fatima Aisya.

Perkongsian menerusi Instagram itu memaparkan foto Fazura membawa Fatima ke hospital semalam.

“Keluar untuk ke hospital sekejap hari ini, semoga semua kekal selamat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Foto yang dimuat naik isteri kepada aktor Fattah Amin itu mengundang perhatian para pengikutnya di ruangan komen.

Banyak netizen terpesona melihat kecantikan dan susuk tubuh langsing Fazura walaupun baru dua minggu menjalani proses berpantang, malah, ada juga yang mengatkan dia kelihatan seperti anak dara.
Sementara itu selain tubuh langsingnya menjadi perhatian, banyak netizen yang tak sabar untuk melihat wajah Fatima. Malah, di foto yang sama, Fazura juga menyembunyikan wajah Fatima di sebalik selimut bayi yang dipakainya.

Sejak dilahirkan, pasangan yang menimang cahaya mata pada 2 Oktober lalu masih merahsikan wajah pemberian agung mereka itu daripada khalayak.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Membunuh Dan Membakar Jasad Seorang Wanita, Lelaki Ini Tidak Gentar, Berselera Melahap Makanannya