“Laaa. Seumur Hidup Aku Baru Tahu Cara Zirafah Makan, Tidur Dan Bergaduh, Tak Pernah Terbayang Uniknya”

Evolusi selama beratus-ratus tahun memberikan zirafah leher yang panjang sekali gus membolehkan mereka mencapai tempat yang tinggi seperti daun pokok yang tidak boleh dilakukan oleh haiwan herbivor lain. Jadi mengapa zirafah tetap ingin makan rumput? Sebuah video yang menunjukkan cara seekor zirafah tunduk untuk makan rumput telah membuat ramai terhibur.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter atas nama Danny Dutch itu disertakan dengan kapsyen “aku tak pernah terfikir macam mana cara zirafah makan rumput, tapi ini sangat hebat”, dan telah meraih lebih 9 juta tontonan.

Dalam klip pendek itu, zirafah berkenaan dilihat membuka kaki hadapannya dan menundukkan lehernya untuk mencapai rumput. Dia kemudian bangun dan merapatkan semula kakinya sebelum mengulangi pergerakan yang sama.

Pergerakan comel zirafah itu menyerupai pergerakan lompat bintang di mana kita melompat untuk buka dan tutup kaki ketika melakukan senaman itu.

Sejak dikongsikan video tersebut telah menarik perhatian netizen dan mengundang pengguna lain untuk berkongsikan fakta-fakta lain tentang zirafah yang tidak ramai orang tahu.

“begitu juga cara mereka minum air…”

“Cara mereka tidur…”

“cara mereka bergaduh…”

Zirafah adalah haiwan bersifat terestrial yang tertinggi di dunia. Mereka hanya dapat ditemui secara semula jadi di Afrika. Namun menurut National Geographic, ketinggian mereka juga adalah satu kekurangan, antaranya ia menyebabkan zirafah sukar untuk minum air, oleh itu mereka hanya melakukannya seminggu sekali.

Artikel Berkaitan   Rasai Pengalaman Duduk Dalam Gua Bersama Lipas Yang Banyak, “Gua Lipas” Di Sabah Tawarkan Kelainan

kredit HCL