Resepi Ayam Goreng Mamak “Ketagih”, Memang Kalau Tahu, Selalu Je Nak Buat

Kalau makan nasi restoren mamak kita mesti ambil ayam gorengnya. Sedapnya lain macam sebab itu ramai yang ketagih dan asyik repeat makan kedai mamak.

Memandangkan sekarang kita tak digalakkan keluar jadinya kita buat sendiri ikut resipi perkongsian Qhamcyahh Hidayat.

Rata-rata yang mencuba resipi ini memang mengakui ayam goreng ini sedap.

Ayam goreng mamak yang bikin ketagih

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara membuat:

  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

SIAP!

Selamat mencuba!

kredit vanilla kismis

Artikel Berkaitan   Ibu Jadi Tak Tentu Arah Apabila Anaknya Terkunci Dalam Kereta, Bomba Terus Berkejar Ke Tempat Kejadian