Taktik Guna Gambar Lucah, Beberapa Wanita Terlibat Dalam Persundalan Tergamam Kehadiran Penguatkuasa

Bintulu: Enam wanita Vietnam dan Filipina ditahan dalam serbuan dijalankan di hotel di pusat bandar ini kerana disyaki menjalankan kegiatan persundalan, petang semalam.

Dalam Op Noda dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bintulu antara 4.30 petang hingga 7.30 malam itu, semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan di dalam bilik hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 29 dan 59 tahun yang disiasat mengenai pembabitan dalam kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menemui pelbagai alat perangsang seks termasuk 38 unit kondom, dua botol krim pelincir seks dan wang tunai berjumlah RM210 dipercayai hasil bayaran perkhidmatan seks.

“Turut dirampas tiga buku catatan, kad bilik hotel dan resit bilik dipercayai bukti semua suspek menggunakan bilik hotel terbabit bagi melayan lelaki hidung belang yang datang ke situ bagi memuaskan nafsu.

“Mereka menggunakan Internet dengan menyiarkan gambar ghairah bagi memancing pelanggan dan menyatakan harga dikenakan bagi setiap perkhidmatan seks,” katanya.

Beliau berkata, penahanan suspek itu menyaksikan kejayaan pihaknya membanteras kegiatan pelacuran di Bintulu khususnya membabitkan warga asing.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melacurkan diri.

“Jika sabit kesalahan, mereka berhadapan dengan hukuman penjara sehingga setahun serta denda.

“Semua wanita terbabit disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah,” katanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Nice Gila Macam Aquaman Panggil Ikan” Video Pak Cik Kedai Teriak “Ti Ti ”, Ratusan Burung Meluru Kepadanya