Tidak Mahu Ahli Terus Bertelingkah, UMNO Dan PAS Sah Mendaftar Muafakat Nasional Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: UMNO dan Pas bersetuju mendaftarkan kedua-dua parti itu secara rasmi di bawah Muafakat Nasional (MN) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Ros).

Perkara tersebut disahkan setiausaha agung kedua-dua parti Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memperincikan maklumat lanjut berkaitan langkah berkenaan.

“Kepimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRU-I5 yang akan datang,” katanya hari ini.

Keputusan itu dibuat walaupun kedua-dua parti menanguhkan mesyuarat jawatankuasa perunding MN malam tadi atas alasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Lembah Klang

kredit utusan malaysia

Artikel Berkaitan   “Omg.. Banyaknya Ada 25,000 Biji Pil Ekstas”Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Order Baju Dapat Dadah