Bermodalkan Muka Kesian Dan Kaki Kudung, Pengemis Sebenarnya Ini Sudah Memiliki 5 Buah Bangunan Sendiri

Seorang wanita di Mesir sanggup menipu kononnya dirinya kudung kaki dan berkerusi roda bagi meraih simpati orang ramai untuk memberikan derma.

Taktik licik wanita berusia 57 tahun yang aktif mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di Kaherah terbongkar selepas beliau ditahan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa menahan wanita itu selepas menerima laporan menyatakan beliau boleh berjalan seperti orang biasa selepas selesai mengemis.

Hasil saisatan mendapati, pengemis itu sebenarnya sudah mempunyai lima bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia. Malah, dia juga mempunyai simpanan dalam bank berjumlah tiga juta pound Mesir, bersamaan kira-kira RM793,700.

Selama ini, wanita itu hanya berpura-pura kudung kaki apabila mengemis dengan menggunakan kerusi roda ketika meminta sedekah.

Ramai juga yang benar-benar menyangkakan wanita itu kurang upaya (OKU), namun taktik liciknya berjaya dibongkar selepas siasatan dilakukan terhadapnya.

kredit era

Artikel Berkaitan   Trauma Duduk Dalam Lif, Rasa Macam Tak Selamat Je, Puncanya Adalah Masa Silam Anda