“Sekarang Saya Nak Cuba Tapi Takut Rosakkan, Sayang Juga,” Artis Ini Tak Kekok Pesan Nasi Goreng Berharga RM300 Sepinggan

Keluarga Anang Hermansyah dan isterinya, Ashanty memang diketahui memiliki gaya hidup mewah. Pasangan selebriti ini sering mempamerkan kisah kehidupan keluarganya termasuk kegiatan di rumah atau aktiviti melancong melalui saluran YouTube milik mereka, The Hermansyah A6

Baru baru ini, Ashanty bersama keluarga mahu menikmati makan malam di sebuah hotel mewah.Namun hal yang sedikit memberi kejutan adalah apabila penyanyi itu telah memesan nasi goreng yang mencecah harga RM300 sepinggan!
Dengan tajuk vlog

Ternyata Rasanya Begini!!! Nyobain Nasi Goreng 1,5 Juta di Hotel Mewah yang Terjangkau’ yang tayang pada 20 Oktober 2020, dia kemudian menjelaskan rasa nasi goreng tersebut.

Ashanty mengatakan harga asal nasi goreng tersebut hanyalah RM280, namun setelah dikira total semuanya menjadi lebih kurang RM300.

Biarpun mahal, perempuan berusia 35 tahun itu tetap mahu memesan nasi goreng tersebut kerana ingin tahu bagaimana rupa dan rasanya makanan yang bernilai sehingga RM300 itu.

Saat nasi goreng mahal itu sudah di depan mata, Ashanty kemudian mengatakan takut dan berasa sayang untuk memakannya kerana harga yang terlalu mahal.
“Ini nasi goreng RM300 siap taxnya. Rasanya yang membuatkan harganya sangat mahal adalah makanan sampingan.

“Sekarang saya nak cuba tapi takut rosakkan, sayang juga,” katanya seperti dilihat di YouTube tersebut.

Dan setelah merasa nasi goreng tersebut, penyanyi lagu Langit Cinta itu mengaku keenakkannya. Dia pun meminta keluarga dan pekerjanya ikut merasa nasi goreng tersebut.

“Sumpah enak nasi goreng berharga RM300,” katanya.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Kajian Dunia Membuktikan Malaysia Adalah Negara Keempat Yang Penduduknya Takut Untuk Jadi Tua, Betul Ke?