PPBM Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Pemimpin UMNO Ini Gara-Gara “Panjangkan Cerita” Walaupun Agong Telah Meminta Jangan “Main Politik”

PETALING JAYA: PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno, Puad Zarkashi, yang dituduh seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Setiausaha Edzhar Jasmary berkata ketua bahagiannya akan membuat laporan polis terhadap ahli majlis tertinggi Umno itu petang ini, berhubung laporan memetik Puad sebagai menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Katanya, Puad didakwa tidak patuh pada titah Agong.

“Puad sebelum ini masih menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, walaupun selepas Agong bertitah supaya hentikan “politicking”. Selepas titah Agong itu, dia masih tidak berhenti, seolah-olah hendak panjangkan lagi cerita,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Puad dilaporkan menggesa Muhyiddin meletakkan jawatannnya susulan keputusan Agong menolak cadangan Putrajaya mengisytihar “darurat”.

Sebelum itu, Agong dalam titahnya menyatakan tidak ada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Agong juga meminta ahli politik henti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Untuk rekod ada juga pemimpin politik dari pembangkang mendesak Muhyiddin meletak jawatan dan terus menerus bermain politik, tetapi tiada satu pun laporan polis ke atas mereka.

Perkara ini juga menjadi perhatian DS Najib Razak. “Ahli MT UMNO panjangkan cerita pun kes polis?”ujarnya.

“Teringat masa depa (PPBM) lapor polis beramai-ramai bila saya lawat Langkawi tahun 2018.”ujar Najib di Facebooknya.

kredit tun carlos

Artikel Berkaitan   Kerani Wanita Ini Makan Di Restoran 24 Jam Di Sini, Sekali Baru Perasan Dalam Ayam Ada Ulat Bergerak