“Ini Naik Kat Sungai Klang Bangun Kat Muara Melaka Ni” Ciptaan Khemah Boleh Terapung Buat Netizen Geli Hati

KhmBiasanya apabila melakukan aktiviti berkhemah, kita akan mendirikan khemah di kawasan yang rata berhampiran sungai. Ini adalah untuk memudahkan kita mendapatkan sumber air dan udara berhampiran sungai juga lebih nyaman.

Namun dengan peredaran zaman, kini terdapat rakit yang membenarkan orang ramai berkhemah sambil terapung di atas sungai.

Shoal Tent adalah rakit angin dalam bentuk khemah yang boleh terapung dan membenarkan kita tidur di atas air. Tidak seperti rakit dan khemah biasa, Shoal Tent boleh dikempiskan dan dilipat, bermakna ia tidak memerlukan apa-apa batang atau besi sokongan.

Selain itu khemah terapung itu juga adalah diperbuat dari bahan tahan lasak dan kalis air yang membenarkan ia menempuhi angin kencang serta cuaca buruk.

Berketinggian 8 kaki dengan lantai setebal 6 inci, khemah tersebut dapat memberikan pengguna keselesaan dan ruang yang luas.

Dijual pada harga $1,499 (RM 6,231.34), netizen mempunyai pelbagai komen tentang inovasi baru itu.

“ini mahu kalau naik …”

“Sedar sedar dalam perut buaya…”

“Nampak sangat tak pernah tengok Anaconda…’

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Remaja Merajuk Dengan Ibubapa Nekad Bina Gua Selama 6 Tahun Akhirnya Gua Dilengkapi Bilik, Wifi Dan Ruang Selesa