Indonesia Dedahkan Strategi Mulakan Pencarian Alien Dan Planet Baru Yang Boleh Diduduki Hidupan

Institut Aeronautik dan Angkasa Negara Indonesia (LAPAN), dilaporkan akan mula memberikan fokus bagi mengesan sebarang kemungkinan wujudnya makhluk asing dan planet seperti Bumi seawal tahun hadapan.

Memetik laporan dari CNN Indonesia, LAPAN kini sudahpun memasuki tahap perancangan strategik penyelidikan dan juga sudah mulakan kajian kepada exoplanet.

Exoplanet merujuk kepada planet diluar sistem yang mempunyai ciri-ciri asas sebagai planet dan berpotensi untuk didiami hidupan.

“Langkah pertama dalam mencari kehidupan lain di luar bumi adalah dengan mencari planet yang keadaannya yang dianggap dapat diduduki. Dalam rancangan penyelidikan strategik kami, tahun depan LAPAN bakal memulakan kajian mengenai fenomena sementara, iaitu fenomena yang berlaku secara tidak sengaja.

Salah satu tujuannya adalah pengesanan dan pencarian eksoplanet, “ jelas salah seorang daripada penyelidik LAPAN, Rhorom Priyatikanto.

Kajian ini akan bermula sebaik Balai Cerap Nasional Timau yang dibina di Provinsi Nusa Tenggara Timur siap sepenuhnya.

Selain Indonesia, beberapa negara lain juga sudahpun memulakan misi pencarian hidupan luar angkasa, seperti sekumpulan pengkaji dari Center for Astrophysics di Harvard bersama Florida Institute of Technology (FIT) yang mendakwa besar kemungkinan makhluk asing ini hidup dibawah permukaan planet Marikh.

Malah, USA, negara-negara di Eropah, Rusia, China dan Arab juga kini sedang berlumba mencari alien dan planet selain bumi jauh diruang angkasa lepas.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Ini Adalah Warisan Negara” Rumah Api Berusia 120 Tahun Diancam Hakisan, Ini Langkah Terbaik Kerajaan