Lelaki Tak Sangka Rasa Letih Rupanya Ada 20 Ekor Cacing Yang Bersarang Di Matanya

Seorang lelaki pada mulanya mengadu rasa tidak selesa dalam matanya sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun siapa sangka, bendasing yang disangka biasa itu ia adalah petanda kehadiran 20 ekor cacing gelang pada matanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Wan dari China, pada awalnya menyangka keletihan adalah punca kepada rasa tidak selesa pada matanya.

Selepas lama kelamaan ketidakselesaan pada matanya menjadi semakin teruk, beliau segera mendapatkan rawatan di Hospital Perbandaran Suzhou di wilayah Jiangsu, timur China.

Doktor yang merawat Wan, iaitu Dr Xi Ting yang kemudian melakukan pemeriksaan sebelum mendapati terdapat sekumpulan cacing gelang pada matanya.

Dr Xi Ting dan pasukannya segera melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan 20 ekor cacing gelang.

Menurut beliau, cacing jenis ini biasanya masuk ke dalam badan melalui kulit atau mulut dan sebaik masuk ke dalam badan, ia boleh bergerak ke organ-organ lain termasuk mata.

Ia juga boleh berada pada haiwan perliharaan dan bertindak sebagai parasit pada mata yang dikenali sebagai conjunctival sab.

Doktor itu juga menasihatkan orang ramai, khasnya pemilik haiwan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan segera dapatkan rawatan jika mengalami gejala seperti penglihatan mula kabur atau ketidakselesaan pada mata.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Saya Sanggup Menghantar Mesej Peribadi (DM) Kepada Ibunya” Suami Mira Filzah Cerita Detik Hatinya Mula Cair