Cukup Sambut Ulangtahun Ke 9o, Ogos Lalu, James Bond Disahkan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Aktor yang terkenal dengan watak James Bond, Sean Connery meninggal dunia pada usia 90 tahun, hari ini.

Memetik laporan BBC, berita sedih berkenaan disahkan keluarga aktor kelahiran Edinburgh, Scotland itu.

Wajah Sean Connery ketika menyambut ulang tahun ke-90, Ogos lalu. – Foto AGENSI

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung punca kematiannya belum didedahkan.

Connery, aktor pertama membawa watak ejen perisik British popular ke layar perak pada 1962 dan memegang nombor perisik 007 sepanjang tujuh francais filem itu dihasilkan.

Pada 1988, beliau menerima anugerah Oscar pertama apabila wataknya sebagai pegawai polis dalam filem The Untouchables dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Connery dianugerahkan gelaran ‘Sir’ oleh Ratu England pada 2000 dan baru meraikan ulang tahun ke-90, Ogos lalu. – Agensi

kredit sabah post

Artikel Berkaitan   Terkejut Menerima “Barang” Daripada Customer, Lelaki Gigih “Google” Benda Ni, Akhirnya Dia Baru Tahu Undang Reaksi Netizen