Kanak-Kanak Rasa Sakit Di Bahagian Tekak, D0ktor Tidak Sangka Jumpa Lintah Yang Sudah Hidup Setahun Dalam Badan

Seorang budak lelaki berusia lima tahun mengadu sering rasa sakit pada tekak sejak setahun lalu. Kanak-kanak malang dari Chin4 itu juga sering sesak nafas dan mengalami masalah dengkur yang kuat semasa tidur. Disebabkan masalah itu, dia menjalani pemeriksaan di hospital bagi mengesan punca kepada masalah berkenaan.

Doktor yang merawat kanak-kanak ini terkejut selepas mendapat ada seekor lintah gergasi melekat pada saluran trakea nya. Kanak-kanak ini segera dikejarkan ke dewan pembedahan bagi mengeluarkan lintah berkenaan. Rakaman semasa pembedahan menunjukkan petugas perubatan memasukkan sejenis alat bagi menarik keluar lintah gergasi berukuran 2.8 inci itu. Menurut doktor, lintah berkenaan berkemungkinan masuk ke saluran trakea daripada meminum air yang tidak dirawat.

Namun, ramai yang beranggapan adalah sangat mustahil untuk lintah masuk kedalam badan seseorang tanpa disedari mangsa. Kejadian yang sama berlaku pada April lalu kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun apabila lintah berukuran 2 inci berjaya dikeluarkan dari hidungnya selepas dipercayai meminum air tercemar.

kredit era

Artikel Berkaitan   Bercerita Tentang Aib Suami Memang Tak Boleh. Rupa-Rupanya Ia Juga Dibolehkan Tapi Dengan Cara Ini