Lari Daripada Rumah Selama 3 Hari, Kucing Ni Pulang Ke Rumah Dan Menuntut 3 Ekor Ikan Kepada Pemiliknya Buat Netizen Terhibur

Selepas menghilang selama tiga hari, seekor kucing di Thailand akhirnya pulang kepada pemiliknya dengan sekeping nota pada leher. Nota tersebut dalam bahasa Thailand oleh seorang lelaki yang ‘menuntut’ hutang tiga ekor ikan kembong.

Dipercayai nota itu daripada seorang peniaga ikan yang memberikan kucing itu makan sepanjang kehilangan ia daripada rumah.

“Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya. Saya berikannya tiga ekor ikan,” tulis nota itu sambil disertakan bersama nombor telefon lelaki berkenaan. Foto kucing berkenaan yang dikongsikan seorang pemilik Facebook Chang Kuak, menjadi tular dan rata-rata warganet merasa terhibur dengannya.

Ada warganet yang berpendapat, kucing itu pasti menyesal dengan tindakannya yang suka merayau sampai tidak balik rumah, dan ada juga yang memuji kebaikkan peniaga ikan berkenaan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Apalah Nasib Pusat Tahfiz Ini, Pelajarnya Hanya Makan Nasi Putih Dan Lauk Telur Sahaja Rayu Bantuan