‘Twindemic’ Dijangka Akan Menyerang Rakyat Malaysia, 2 Wabak Berbahaya Datang Serentak, Ini Pesanan Pakar, Semua Kena Tahu!

Malaysia dijangka akan mengalami ‘twindemic’, iaitu pertembungan dua wabak pada hujung tahun ini.

Dua wabak itu adalah influenza dan juga COVID-19, yang kini semakin meningkat secara mendadak dalam negara kita.

Memetik laporan dari Astro Awani, Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan ‘pandemik berkembar’ itu tentunya akan mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya golongan berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin influenza.

Influenza boleh dicegah dengan pengambilan vaksin, manakala COVID-19 masih belum ada sebarang vaksin yang boleh menyembuhkannya.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Rindu Nak Baca Al-Quran” Bertatoo Penuh Di Badan, Berantai Di Tengkuk, Tapi Menangis Ketika Melantunkan Kalimah Allah