Lepas Cukur Bulu Kaki, Tetiba Kulit Jadi Macam Kulit Strawberi, Jangan Risau Ini Je Yang Perlu Anda Buat!

Strawberry leg’ adalah keadaan yang terjadi bilamana liang pori pada kaki membesar dan memerangkap minyak, bakteria dan juga sel mati di dalamnya.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, dan terdapat juga beberapa sebab mengapa masalah ini terjadi:

  1. Aktiviti mencukur bulu kaki menggunakan pisau pencukur lama, tidak tajam dan tanpa krim pencukur.
  2. Liang pori pada kaki tersumbat dengan memerangkap minyak, kuman, bakteria dan juga sel mati. Pendedahan kepada udara sekaligus menyebabkan berlakunya ‘strawberry leg’.
  3. Kulit kaki terlampau kering.

Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, terdapat beberapa rawatan dan cara yang anda boleh amalkan seperti:

  1. Gunakan krim pelembap agar kulit kekal hidrat dan mampu mengurangkan gelaja ini. Pastikan guna pelembap yang bebas daripada bahan pengawet.
  2. Rajin-rajin untuk skrub kaki, agar liang pori yang tersumbat mampu dibersihkan. Gunakan skrub kaki yang bersesuaian dengan kulit anda bagi mengelakkan ia menjadi lebih kering.
  3. Gunakan pencukur tajam bersama krim pencukur kaki atau krim pelembap bagi mengelakkan pori terbuka.
  4. Guna produk yang ada asid salicylic dan glycolic bagi merawat masalah kulit kering.

Sekiranya ia berlarutan dan memudaratkan kulit anda, sila rujuk pada doktor atau pakar di mana-mana klinik dan hospital berhampiran.

kredit era

Artikel Berkaitan   Paling Tak Best Lepas Masak, Daging Jadi Liat, Rupanya Ini Cara Senang Nak Bagi Lembut Dengan Minyak Masak!