“Kesian Tengok Ibu Kerbau” Video Ibu Kerbau Sanggup Kejar Motor Yang Mencuri Anaknya Walaupun Jauh Berlari

Pertalian di antara ibu dan anak adalah salah satu hubungan yang paling kuat di alam ini. Setiap ibu pasti akan merasa sayang terhadap anak-anaknya dengan begitu kuat bahkan sifat ini tidak hanya didapati dalam diri manusia bahkan haiwan juga turut memilkinya.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang tular di laman akaun Twitter iaitu @anthraxxx dimana terdapat seekor kerbau yang dilihat sedang mengejar pembonceng motorsikal. Menerusi video perkongsian itu, anaknya telah diambil oleh dua orang lelaki terbabit.

“Ibu kerbau mengejar anaknya yang dibawa lari di India”, kata pemilik akaun terbabit. Ekoran daripada itu, ibu kerbau tersebut telah mengejar motorsikal berkenaan untuk mendapatkan semula anaknya. Kejadian itu sempat dirakam oleh salah seorang individu dan dipercayai telah berlaku di negara India.

Apabila melihat keadaan itu, rata-rata warga netizen berasa sedih dengan situasi berkenaan di samping ada yang turut berasa kasihan dengan nasib kerbau terbabit. Posting yang berdurasi selama 25 saat itu telah mencuri tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 2069 tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

“Tiba-tiba mata aku berkaca…”

“Ni kelakar dan sedih dalam masa yang sama…”

“Aduh…”

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Ramai Yang Salah Anggap, Harumanis Sebenarnya Subur Di Terengganu 40 Tahun Yang Lalu