Kalau Berbau Gas Dalam Rumah Tapi Dapur Tak Ada Orang, Jangan Panik, Ikuti Langkah Ini!

Pernahkah anda terbau gas ketika sedang menggunakan dapur, lagi-lagi selepas memasang kepala tong gas yang baru? Mungkin ada yang tidak sedar, gas yang keluar daripada kepala tong gas itu boleh mendatangkan bahaya, hingga menyebabkan kemalangan jiwa akibat daripada kebakaran!

Jangan panik, ini sebenarnya yang anda perlu lakukan sekiranya terbau seperti gas selepas memasang kepala gas. Memetik tips daripada Arm Ika seperti yang dilaporkan oleh Mingguan W2nita, bau gas yang keluar selepas memasang kepala gas itu adalah datangnya daripada getah hitam yang sudah longgar.

  1. Keluarkan getah hitam dari dalam kepala gas.
  2. Terbalikkan getah tersebut ke dalam, dan masukkan semula ke dalam kepala gas.
  3. Tekan terus bagi rapat dan pasangkan semula sambungan gas ke dapur.
  4. Cara lain adalah, uji sama ada terdapat kebocoran pada paip getah penyambung menggunakan buih sabun.

Namun, jika masih terbau gas keluar selepas pemasangan kepala gas, sila dapatkan bantuan daripada yang pakar. Elakkan daripada kemalangan berlaku di dapur dan rumah anda.

kredit era

Artikel Berkaitan   Kisah Gadis Miliki Diploma Tapi Jadi Penebar Roti Canai Tarik Perhatian Orang “Saya Tak Kisah Orang Nak Cakap Apa”