“Eh Aku Yang Memang Jenis Masuk Kereta Je Nak Tidur Ni Memang Kena Cari” Video Alat Tahan Kepala Dalam Kereta, Ramai Pula Tergoda

Sudah menjadi lumrah apabila berjalan jauh kebanyakkan para penumpang akan mula mengambil waktu tidur mereka sehinggalah akhirnya tinggal pemandu yang memacu kenderaan. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat satu alat yang sesuai bagi mereka yang suka tidur di dalam kenderaan?

Menerusi sebuah Tweet yang tular di laman akaun Twitter @byflawsome terdapat sebuah alat yang telah menarik perhatian ramai terutamanya pengguna Twitter iaitu penyendal kepala. Melalui posting tersebut, pemilik akaun Twitter terbabit telah berkata “Wow menariknya benda ni. Orang yang suka tidur dalam kereta mesti akan suka”.

Jika perhatikan, rupa-rupanya alat berkenaan boleh dilekatkan pada bangku-bangku kereta untuk menyenangkan lagi para penumpang terutamanya kepada mereka yang berasa letih. Tidaklah berlaku adegan himpit menghimpit di dalam kereta.

Setelah mengetahui fungsi tersebut, rata-rata warga netizen berasa teruja dengan penyendal kepala berkenaan di samping ada yang turut mempunyai keinginan untuk membelinya. Posting yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 134 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Makanan Hanya RM1.50, Gadis Ini Kongsi Apa Yang Dia Dapat. Pelanggan Pula Semakin Ramai