Dah Lama Teringin Nak Anak Perempuan, Wanita Ini Gembira Usahanya Membuahkan Hasil Selepas Melahirkan 14 Anak Lelaki

Pasangan suami isteri Schwandts akhirnya menerima cahaya mata perempuan selepas 14 kali melahirkan anak lelaki.

Menurut laporan, ibu yang berusia 45 tahun dikenali sebagai Kateri Schwandt, akhirnya berjaya melahirkan anak perempuan bernama Maggie Jayne, selepas mempunyai 14 orang cahaya mata lelaki.

Pasangan itu berkahwin pada 1993 dan mempunyai tiga orang anak lelaki sebelum mereka tamat pengajian di kolej.

Ketika ini, anak sulung mereka sudahpun berusia 28 tahun dan anak lelaki bongsu dilahirkan pada April 2018.

Mereka amat menantikan cahaya mata perempuan, dan nyata kelahiran ke-15 ini membuahkan hasil yang sangat menggembirakan keluarga besar itu.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Dik Tolong Anta Pakcik Ke TBS Bole, Pakcik Nak Balik Ipoh. Tak Ada Kenderaan Waktu Macam Ni”