“Eeee Geramnya Muka Dia Tu” Video Kanak-Kanak Buat Muka Masa Kena Cucuk Jarum, Jelingan Mata Dia Buat Tak Tahan

Anak adalah satu anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan setiap pasangan. Dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana dia membesar semakin hari makin bijak, nikmat yang tidak tertanggung bagi setiap ibubapa. Apatah lagi apabila melihat keletah anak-anak tersebut memang buat mudah terhibur!

Sama seperti gelagat bayi dalam satu video yang dikongsikan ini. Keletah bayi ini yang pandai buat muka ketika mengambil suntikan di klinik telah membuatkan ramai terhibur. Menerusi rakaman itu kelihatan bayi tersebut sedang dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai adalah bapanya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah mimik muka bayi tersebut yang nampak sangat takut dan lucu. Video tersebut telah dikongsikan semula oleh Instagram Senang Terhibur seperti berikut:

Pandai betul bayi ini buat muka kena suntikan ya!  Dari mula-mula nampak takut, bila sudah kena suntikan terus menangis. Kesiannya tengok dia. Video tersebut telah meraih lebih 132 ribu tontonan dan 16 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat bayi ini buat muka kena suntikan dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Rasai Manfaat Asalkan Istiqomah Amalkan 2 Ayat Terakhir Surah At-Taubah