Sudah menjadi lumrah kucing ditugaskan bagi menangkap tikus, hinggakan ia dijadikan satu pekerjaan rasmi buat seekor kucing di United Kingdom.
Palmerston, kucing berwarna hitam putih telah ditugaskan untuk menangkap tikus di Pejabat Menteri Luar UK, sejak daripada tahun 2016.
Kucing jalanan itu diberikan naama Palmerston sempena nama Setiausaha Luar Negeri pada abad ke-19 yang terkenal, Viscount Palmerston.
Sepanjang tugasnya, kucing berkenaan dilantik sebagai Ketua Pemburu atau ‘Chief Mouser’, dan telah menangkap 26 ekor tikus pada tahun 2017. Malah, bilangan tikus yang ditangkap meningkat pada tahun-tahun berikutnya.
Palmerston sangat disayangi oleh pegawai-pegawai kerajaan, kecuali Larry, seekor kucing lain di 10 Downing Street berdekatan. Kedua-dua kucing ini dilihat sering bertengkar di luar rumah Pejabat Menteri di Britain.
Malah, perselisihan faham antara kedua-dua kucing ini dilihat antara sebab mengapa Palmerston mahu bersara daripada tugas menangkap tikus. Lol!
Menerusi laman Twitter rasmi Palmerston, kucing berkenaan mengumumkan bersara pada Ogos lalu, dan berpindah ke satu lokasi yang tidak didedahkan.
kredit era