Rakaman Video Burung Dah Malas Dah Terbang, Naik Keretapi Cari Rezeki Pagi-Pagi Buta

Satu rakaman menunjukkan burung merpati dengan menaiki kereta api dan kemudian melompat keluar ketika pintu terbuka telah menarik perhatian penumpang, dengan beberapa orang mendakwa burung sengaja berbuat sedemikian kerana dah malas nak terbang.

Dalam satu klip yang dimuatnaik di TikTok oleh pengguna @farohnatt, burung-burung merpati itu duduk di bahagian dalam kereta di sebelah pintu sambil menyaksikan pemandangan bandar yang dilalui oleh mereka di Sydney, Australia.

Ketika kereta api mulai perlahan dan berhenti ke stesen, haiwan itu menunggu pintu terbuka dan dengan yakinnya turun ke platform berkenaan.

Terhibur melihat telatah burung merpati berkenaan, lelaki yang merakam video itu mengucapkan selamat tinggal pada mereka menerusi cermin tingkap.

Video tersebut telah ditonton lebih dari 417,000 kali sejak ia dimuat naik pada 14 November, dengan ramai penonton terpegun melihat tingkah laku burung-burung merpati itu.

@farohnatt

Don’t wanna fly birds so just catch the trains from Central to Redfern instead.

♬ original sound – Nuttawut Kongtawin

kredit era

Artikel Berkaitan   “Sebelum Saya Menutup Mata, Saya Nak Lihat Suami Saya Boleh Berjalan..” Hampir 30 Tahun Hidup Dengan Suami Lumpur, Kesetiaan Isteri Tiada Nilai Bandingan