“Itu Pun Kalau Rasa Nak Mesej. Tidak Ada Rasa Apa Pun” Cat Farish Kahwin Buat Kali Kedua, Beliau Dedah Detik Cinta Mula Berputik

Kuala Lumpur: “Sepanjang empat tahun kenal, kami tak pernah keluar berdua dan bercinta. Jadi, mulai hari ini kami nak melalui ‘moment’ itu bersama,” kata penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 46, yang melangsungkan pernikahan dengan Suriani Hassan, 34, dengan hanya sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu bernikah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan jam 9.30 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan hanya membabitkan pengantin, bapa Cat dan bapa pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM10,000, manakala dulang hantaran daripada kedua belah pihak akan diserahkan pada majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Cat yang juga anggota kumpulan Ruffedge berkata, dia sudah tidak sabar untuk berkongsi kasih sayang dan cinta dengan isterinya.

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tidak ada rasa gementar pun sebab sudah bersedia lama.

“Sepanjang empat tahun ini kalau keluar pun mesti dengan kawan-kawan atau terserempak. Pertama kali jumpa pada Ekspo di Terengganu. Kedua pada Anugerah Industri Muzik (AIM) dan kali ketiga dua tahun lalu.  Selepas saya merisik pada 20 September lalu baru keluar sekali. Itu pun bukan berdua,” kata Cat yang juga bapa kepada tiga anak.

Cat berkata, dia mula membuka hati untuk berkahwin kali kedua selepas sambutan Aidilfitri lalu.

“Sepanjang empat tahun itu kami hanya berbalas mesej saja. Itu pun kalau rasa nak mesej, baru mesej. Tidak ada rasa apa pun. Saya mula cakap nak cari penggantj lepas raya tempoh hari. Saya cakap, kalau saya dengan awak, nak kahwin terus. Dia pun balas, kalau betul nak masuklah meminang. Itu yang saya terus hantar rombongan merisik,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Tolong Jangan Hina Isteri Saya, Dia Masih Dalam Proses Pemulihan, Jangan Bagi Komen Macam-Macam”

Ditanya mengenai penerimaan tiga anaknya terhadap perkahwinan baru itu, Cat berkata, semua anak merestuinya.

“Dia tahu saya duda dan pernah jumpa anak waktu lepas merisik. Dia okay menjadi ibu segera. Malah, anak-anak pun okay. Alhamdulillah, bekas isteri pun bagi sokongan pada anak-anak untuk terima mak baru mereka,” katanya.

Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 12, Eva Latheefa, 10, dan Qul Iskandar, 9.

kredit harian metro