Penduduk Sabak Bernam Kecoh Rumah Diketuk Tengah Malam, Ada Pulak Yang Sempat Rakam Gambar Entiti

Sejak beberapa hari lalu, tular kisah beberapa penduduk kampung di daerah Sabak Bernam diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam.

Gangguan itu dipercayai bermula pada waktu malam sehingga awal pagi membabitkan beberapa kampung, antaranya Kg Batu 37, Batu 38, Kg Tengah dan Kg Banting.

Memetik laporan dari Sinar Harian, seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39 berkata, beliau terdengar pintu diketuk kuat pada jam 10.45 malam.

“Semasa kejadian saya sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur selepas pulang menjual burger.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat.

“Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah,” katanya.

Lebih menyeramkan, bunyi itu juga datang dari pintu bilik air rumahnya yang sudah lama tidak digunakan.

Menjengah ke laman Twitter, ramai juga yang berkata mengenai kejadian berkenaan, termasuk video dan beberapa perbualan daripada WhatsApp penduduk disitu.

Ekoran daripada kejadian itu,  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat akan melakukan rondaan bermula jam 10 malam hingga 3 pagi dan menasihatkan penduduk agar menghubungi polis jika ternampak sesiapa yang mencurigakan.

Artikel Berkaitan   Disangka Jemaah Subuh Telah Balik, 2 Lelaki Ini Tergamam Ditangkap Orang Ketika Leka Mencuri Tabung Masjid

kredit era