Ligat Menari Di Media Sosial, Netizen Bersatu Kacau Sajat Ucap “Selamat Menyambut Hari Lelaki Sedunia”

Umum mengetahui tanggal 19 November merupakan sambutan Hari Lelaki Sedunia. Sudah pasti ramai yang memberi ucapan terutamanya golongan wanita kepada ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan suami mereka.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru Nur Sajat, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang

untuk tujukan ucapan tersebut buat usahawan kosmetik itu iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Menerusi videonya sedang menari yang dimuat naik di Instagram, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan Selamat Hari Lelaki Sedunia daripada netizen.

Bagaimanapun, dalam entri dimana Sajat yang tampil dengan dress biru ketat itu dilihat idak membalas sebarang komen yang dilemparkan kepadanya.

Sering terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dikecam teruk susulan tindakannya memakai telekung ketika di Meka, sehingga status jantina usahawan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

kredit roti kaya

Artikel Berkaitan   Seorang Bapa “Ratah Anak Sendiri” Sejak 5 Tahun Yang Lalu, Mangsa Beranikan Diri Buat Laporan Polis