Tak Dapat Kahwin, Isa Khan Dan Risteena Menitiskan Air Mata Depan Ibu Terpaksa Tangguh Perkahwinan

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya, Isa Khan memberitahu terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka ke satu tarikh lain ekoran daripada pandemik COVID-19.

Menerusi laman Instagram, Risteena berkongsi video berkata segala persiapan perkahwinan mereka sudah pun dibuat namun mereka hanya mampu merancang.

“Sepatutnya saya dan @theisakhan akad nikah pada 20.11.20.

Sehari selepas hari jadi saya iaitu pada 20.11.20 kami telah bercadang untuk melangsungkan majlis akad nikah. Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi Pandemic yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.”, tulis Risteena.

Dalam video tersebut, kelihatan Isa Khan tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata dihadapan ibu Risteena, malah Isa berkata, banyak juga dugaan yang ditempuhi mereka sepanjang hubungan ini.

Terdahulu, Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

kredit era

Artikel Berkaitan   Netizen Buat Keje Sampai Lubang Cacing, Vivy Yusof Sebenarnya Bukan Pemilik Asal Fashion Valet