Risiko Besar Menanti Anda Jika Duduk Dalam Tandas Yang Ditampal Kertas Dinding! Ini Penyakit Yang Akan Datang!

Ramai antara kita yang gemar menghiaskan rumah dengan cita rasa dan minat tersendiri. Namun, ada beberapa perkara yang sebenarnya tidak sesuai untuk dilakukan, meskipun ia nampak cantik dimata.


Sebagai contoh, ramai suka untuk menghiaskan tandas dengan menampal kertas dinding yang berwarna-warni. Meskipun begitu, menurut Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.

Tandas mempunyai persekitaran yang lembab, dimana ia berisiko untuk pertumbuhan kulat di dinding, termasuklah belakang kertas dinding.

Kulat boleh membebaskan spora iaitu debu halus yang masuk ke saluran pernafasan, seterusnya menyebabkan iritasi dan masalah pernafasan. Kesan lain, seseorang itu akan mengalami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal-gatal kulit.

Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.

Selain tandas, kertas dinding juga sangat tidak sesuai ditampal pada peti sejuk, kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan peti sejuk itu, malah boleh menyebabkan kebakaran.

kredit era