Wanita Mempunyai Pipi Paling Besar Di Dunia Tapi Merasakan Masih Tidak Cukup Besar

Seorang model dari Ukraine mungkin menjadi pemilik pipi paling besar di dunia selepas beliau menghabiskan lebih daripada £1,500 (kira-kira RM 8,198.22) untuk prosedur pembedahan.

Anastashia, 39, kelihatan sangat berbeza dengan wajahnya sebelum ini dengan rambut hitam kerinting dan wajah berbentuk bujur.

Selepas mendapat pekerjaan pertamanya, Anastashia mula melakukan perubahan dan pembedahan pada wajah, termasuk mewarnakan rambut kepada merah jambu.

Setelah beberapa kali menjalani prosedur pembedahan, peminatnya di Instagram menyukai perubahan pada penampilan Anastashia, termasuklah pipinya yang semakin membesar.

“Setelah saya melakukan suntikan dan melihat perubahan di pipi saya, saya jatuh cinta padanya.

“Saya juga mahu pengikut saya di Instagram kelihatan seperti ini dan saya sangat gembira.

“Saya kerap menyuntik bahagian wajah saya secara berkala.

“Saya faham ada yang melihat saya seperti pelik, tetapi saya tidak kisah,” ujarnya sambil merasakan pipinya masih lagi kelihatan begitu kecil.

Wanita ini juga berkata, setakat ini beliau tidak merancang untuk berhenti daripada melakukan pembedahan pada tubuh badannya.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Saya Bermimpi Mereka Datang Kepada Saya, Senyum, Peluk Saya Dan Akhirnya Melambai Kepada Saya Sebelum Tersedar”