Sebelum Diluluskan Bajet, Kerajaan Diuji Tentang Sokongan, Tapi Akhirnya Pembangkang Majoriti Sokong Perdana Menteri Kecuali 13 Orang

PUTRAJAYA, 27 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Taklimat Bajet 2021 melalui sidang video di pejabatnya hari ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Oct 27 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin while attending the 2021 Budget Briefing via video conferencing at his office today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet berjaya melalui ujian terbesar tahun ini apabila Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan melalui suara majoriti di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Meskipun terdapat cubaan untuk mencadangkan undian secara belah bahagi, hasrat yang dikemukakan pembangkang itu nampaknya gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan, hanya 13 ahli Parlimen sahaja yang bangun untuk menyokong usul belah bahagi berkenaan sedangkan peraturan menetapkan memerlukan sokongan 15 ahli dewan.

Antara yang kelihatan bangun menyokong belah bahagi ialah Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Khalid Abd. Samad (PH-Shah Alam).

Lulusnya Belanjawan 2021 di peringkat dasar hari ini menunjukkan perubahan peruntukan yang dilakukan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terutamanya dalam soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya menarik perhatian pembangkang dan mengukuhkan sokongan ahli Parlimen kerajaan

kredit utusan

Artikel Berkaitan   Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Selangor Berterusan, Rakyat Selangor Perlu Tahu Tarikh Ini