Kerajaan Selangor Tawar RM20,000 Rakyat Yang Memberi Maklumat Tentang Pencemaran Air

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Isu pencemaran air di Selangor terus dipandang serius oleh kerajaan negeri dengan pelbagai langkah proaktif diambil bagi mengekang masalah itu berulang.

Terbaharu, kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan menawarkan ganjaran kepada mereka yang tampil memberi maklumat berhubung kesalahan melibatkan pencemaran air.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ganjaran lebih RM20,000 akan diberikan kepada pihak yang tampil memberi maklumat sehingga pesalah terbabit dihukum.

“Bagi memastikan penglibatan orang awam dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar di Selangor, kerajaan negeri menawarkan ganjaran bernilai RM20,000 untuk maklumat sehingga mereka dapat dihukum undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, Selangor sering berdepan masalah gangguan bekalan air yang didakwa berpunca daripada pencemaran sungai.

Selain itu, Amirudin juga percaya wujud tindakan khianat daripada pihak tertentu yang menyebabkan berlaku pencemaran sungai di negeri Selangor.

Setakat ini beberapa individu telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menyebabkan berlaku pencemaran sungai sehingga menjejaskan ribuan akaun pengguna.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Kini Ia Cuba Ditebuk Perlahan-Lahan. Jarum DAP Menusuk Halus Untuk Menghancurkan Pakatan ‘Tolak Anwar, Tolak DAP”