Barisan Artis Terkenal Desak Sheila Majid Letak Jawatan Gara-Gara Tidak Menjalankan Tanggungjawab

Satu sidang media akan diadakan pada Isnin ini (esok) bagi menggesa penyanyi Sheila Majid meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez mendakwa Sheila tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai Pengerusi PRM.

“Persatuan Karyawan Malaysia akan mengadakan satu sidang akhbar, Isnin ini. Artis terkenal seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Ito, Rafi Suhu dan ramai lagi akan bersama saya untuk mendesak Sheila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM.

“Karyawan berharap, sidang media yang akan diadakan Isnin ini dapat membuatkan Sheila mengambil langkah yang sepatutnya,” katanya.

Kata Freddie, sehingga hari ini isu pengagihan royalti tidak dapat diselesaikan, sedangkan ramai artis memerlukannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

“Kebanyakan artis bergantung kepada industri muzik untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian dan ramai berada dalam keadaan kewangan yang kritikal.

“Sheila perlu tahu artis amat memerlukan wang meneruskan kelangsungan hidup. Atas kegagalan menjalankan tugas, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM supaya orang yang lebih layak diberi peluang mengambil alih tanggungjawab ini.

Isnin ini saya akan serahkan tugas selesaikan masalah ini kepada Kathy, Rafi dan Ito dalam satu sidang akhbar. Awie mohon maaf shooting kat Taiping. Semoga segala urusan dipermudahkan

Posted by Frederick Fernandez on Wednesday, November 25, 2020

“Jika tidak, beliau akan dilihat bukan sahaja sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna, malah seorang yang mementingkan diri tanpa memikirkan kebajikan ahli yang kebanyakannya berada dalam keadaan susah sekarang ini.

“Biarlah orang lain menjalankan tugas berat ini dalam menentukan royalti berjumlah lebih RM20 juta dan bahagian artis daripada RM140 juta yang diagihkan kepada ahli mendaftar dengan RPM dan Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) Bhd.

Artikel Berkaitan   Belum Sampai Hujung Bulan Poket Dah Kering.. Ini Amalan Yang Anda Perlu Buat Untuk Perolehi Keberkatan Rezeki Yang Tak Pernah Putus..

“Malangnya, PRISM sudah menutup operasi, tahun lepas,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Mengulas lebih lanjut, Freddie berkata, Sheila sudah dipilih menerajui RPM oleh syarikat rakaman dan bukannya artis yang juga ahli kepada badan itu.

Terdahulu, kekecohan tercetus dalam industri muzik selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan terhadap empat badan kutipan royalti iaitu Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM dan PRISM.

Operasi dijalankan berdasarkan laporan dibuat oleh Freddie yang Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.

Kata Freddie, langkah membawa perkara itu kepada SPRM adalah pilihan terakhir Karyawan untuk menyelesaikan kemelut royalti artis yang berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu.

kredit gempak