Rumah Tak Ada Tanah Nak Tanam Pandan? Tak Ada Masalah, Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Tanam Pokok Pandan Bekas Ada Air

Daun pandan memang selalu sangat kini gunakan dalam hidangan, jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.

Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.

Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.

Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air

Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:

  1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
  2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
  3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.

Pokok pandan ini dalam pasu berisi tanah.

  1. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
  2. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
  3. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.

Pokok pandan ini rendam dalam bekas berisi air saja. Elok suburnya.

  1. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.

Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.

kredit vanilla kismis

Artikel Berkaitan   “Abang Saya Pergi Tanpa Isteri Iringi Ke Perkuburan Kerana Masih Berpantang, Tapi Allah Gantikannya Dengan Insan Baru”