Pembedahan Terpaksa Dilakukan Segera, Ini Keadaan M Daud Kilau Terkini Yang Ramai Ternanti-Nanti

TELUK INTAN 07 JANUARY 2015. (FOR ALL ) Raja Gelek Malaysia, Datuk M.Daud Kilau menerima dgn hati terbuka dan rasa gembira berhubung tindakan pihak yg menyebarkan berita palsu mengatakan beliau sudah meninggal dunia. STR/RAVALE SAVARINATHAN

PENYANYI lagenda, Datuk M Daud Kilau ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty, semalam.

Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 49, ketika dihubungi berkata, prosedur itu memakan masa empat jam dengan tiga salur darah bapanya dimasukkan alat sten.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar bermula pukul 5 petang hingga 9 malam, semalam. Alat sten dimasukkan ke dalam salur darahnya dan sekarang keadaa ayah sudah mula stabil,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zaini, prosedur itu adalah rawatan susulan selepas penyanyi lagu Che Mek Molek itu dilaporkan sesak nafas dua minggu lalu.

“Saya belum dimaklumkan bila ayah akan dibenarkan keluar kerana dia memerlukan rehat secukupnya,” katanya.

Prosedur angioplasty dengan memasukkan sten adalah langkah untuk mengurangkan pembentukan gumpalan pada saluran darah selepas pembedahan jantung.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Ayah Sudah Meninggal Dunia Tapi Emelnya Sampai Buat Anak Dan Ibu Terharu, Anak Dedah Apa Sebenarnya Terjadi!