Kongsi Cerita Artis, Azmi Caliph Buskers Dedah Isteri Banyak Kali Halang Jadi Artis, Risau Bila Popular Tinggalkan Isteri

Kuala Lumpur: Penyanyi Azmi Saat mendedahkan pernah dihalang oleh isterinya, Nazirah Mohamad, 34, pada peringkat awal pembabitannya dalam bidang seni.

Azmi, 33, berkata, isterinya bimbang jika dia lupa diri apabila bergelar artis.

“Sebelum bersama Caliph Buskers, saya pernah rakam album solo dengan seorang komposer tapi dihalang oleh isteri.

“Dia takut saya hanyut dengan dunia glamor dan tinggalkan dia. Saya akur dan turutkan kehendaknya sehingga tarik diri.

“Tindakan ini menimbulkan konflik antara saya dan komposer terbabit. Tapi saya selamat dari sebarang tindakan kerana tidak menandatangani apa-apa kontrak,” katanya.

Azmi mengahwini Nazirah pada usia 24 tahun sejak sembilan tahun lalu, namun belum dikurniakan anak.

Menurut Azmi, cabaran kedua dilaluinya apabila menyertai Caliph Buskers dan ditawarkan menggantikan Aweera, vokalis kumpulan Mojo dalam Anugerah Juara Lagu ke-29.

“Sekali lagi kami bergaduh. Dia sokong saya sertai pertandingan tapi bimbang apabila saya bergelar artis. Tapi saya lalui juga situasi ini dan tenangkan dia. Saya nak beri jaminan pun saya tak tahu apa akan berlaku pada masa depan, tapi saya tenangkan dia dan janji tetap jaga dia.

“Kebetulan ketika itu Caliph Buskers banyak ‘show’, jadi saya kurang masa untuknya. Isteri takut tinggal sendirian dan letakkan syarat jangan tinggalkannya pada waktu malam. Kalau ada latihan pun kena ada orang temankan. ‘Show’ jauh terpaksa ditolak sebab kena bermalam,” katanya.

Azmi mengakui tersepit dan serba salah kerana perlu menjaga hati isteri dan kawan pada masa yang sama.

“Nak tak nak saya buat keputusan, macam mana kita bekerjaya pun, lama-kelamaan kita akan balik pada isteri. Jadi saya pilih utamakan isteri kerana dia sentiasa bersama saya waktu susah dan senang.

Artikel Berkaitan   “Rasa Sedih Bila Tengok Peniaga-Peniaga Kecil Ini Menjadi Mangsa.. Setakat Ini, Kita Tidak Dengar Lagi Tauke Judi Haram Kena Tangkap”

“Saya beritahu kawan-kawan, saya boleh pergi ‘show’ di luar sekiranya dapat cari orang untuk temankan isteri. Tapi agak susah kerana ketika itu adik saya bersekolah asrama. Sekarang barulah lega kerana adik dah tinggal bersama kami. Apapun banyak juga ‘show’ yang terpaksa ditolak ketika itu,” katanya mengimbas kisah lalu.

Azmi bersyukur kerana rumah tangganya bersama Nazirah kini semakin bahagia. Mereka juga bakal menduduki rumah sendiri yang dijangka siap awal tahun depan.

Dalam perkembangan terbaru, Azmi tampil dengan single berjudul Tulus yang didedikasikan untuk isterinya.

kredit harian metro