Influencer Bagi “Hint” Ingin “Tamatkan” Riwayat Hidup Akhirnya Dijumpai Terjun Bangunan, Netizen Sempat Snap Gambar Mendebarkan

Seorang influencer yang aktif di Instagram, Ayu Wulantari ditemui tidak bernyawa setelah dilaporkan membunuh diri. Ayu dikatakan telah melompat dari tingkat 4 di Rose Inn Hotel Jimbaran, Bali, pada hari Sabtu (28/11) jam 10.30 pagi waktu tempatan.  Wanita itu disyak membunuh diri kerana putus cinta.

Berikut adalah fakta kronologi kematian Ayu Wulantari yang agak mengejutkan.

1Bukan Penyewa Bilik

Dipetik dari SuaraBali.id, pemilik hotel itu mengatakan bahawa mangsa bukan penghuni hotel tetapi tetamu kepadakekasihnya, yang merupakan penyewa bilik hotel. Tambahan pula, mangsa dikatakan sering datang berjumpa kekasihnya sejak awal November.

2Lompat Dari Bilik Hotel

Mangsa dilaporkan membunuh diri dengan melompat dari tingkat 4. Menurut Ketua Polis Kuta Selatan, mangsa mengalami kecederaan di kaki dan kepalanya. Mangsa juga dinyatakan meninggal dunia sejurus selepas dibawa ke hospital.

3Kerana Putus Cinta?

Punca kematian Ayu Wulantari belum diketahui. Namun, aksi nekad yang dilakukan mangsa saat ini disyaki kerana putus cinta.

4Beri Isyarat

Melalui laman Intagramnya, wanita yang mempunyai jumlah pengikut seramai lebih 200k itu menulis kapsyen dalam bentuk “Mati 1 ….. ??”. Ramai yang mengatakan bahawa mangsa telah memberi isyarat untuk bunuh diri.

Ayu dikenali sebagai influencer yang aktif di media sosialnya. Di Instagram, dia sering menunjukkan hobinya bersenam.

Di samping itu, Ayu dikenali sebagai bidan. Ini diketahui dari bio Instagramnya, di mana Ayu menulis gelaran yang dia terima dari bidan, iaitu A.Md.Keb. Dia juga mempunyai Certified Physiological Holistic Care Therapist (CPHCT).

kredit Murai

Artikel Berkaitan   “Jangan cepat cair bila nampak lelaki pakai baju loreng” – ‘Mat Pet’ Menyamar Jadi Abang Askar Sebab Nak Umpan Duit Gadis