Gadis Ini Hanya Mandi Sebulan Sekali, Menderita Bila Badan Berpeluh, Minum Air Pun Sukar Gara-Gara Alergik Air

Ramai antara kita yang mungkin mempunyai alahan terhadap makanan laut, hingga menyebabkan kulit menjadi gatal dan kemerah-merahan.

Namun pernahkah anda mendengar alahan terhadap air?

Dikenali sebagai Aquagenic Urticaria, ia berlaku kepada seorang wanita ini yang dikatakan mempunyai alahan terhadap air, peluh dan darahnya sendiri.

Katanya, sejak dari usianya 8 tahun, kulitnya akan menjadi gatal-gatal dan naik ruam jika terkena air dan keadaannya boleh menjadi teruk sehingga demam.

Lebih teruk apabila tekak dan lidahnya menjadi gatal apabila minum air, membuatkannya sering menjadi kering.

Wanita itu juga hanya mandi sekali dalam sebulan atau dua bulan bagi mengawal alahannya. Itu pun hanya dengan air sejuk selama 2 minit setiap sesi.

Keadaan alahan ini merupakan satu keadaan yang rare dalam masyarakat dengan nisbah satu kepada 23 juta orang yang mengalaminya, dimana punca kepada alahan ini masih belum diketahui hingga ke hari ini.

kredit era

Artikel Berkaitan   Empat Terbunuh Dan 50 Cedera Dalam Menuntut Bela Penghinaan Terhadap Rasulullah Oleh Seorang Penganut Ini