“Ini Bukan Glowing Dik, Aku Pun Tak Nak Kulit Macam Ni” Gadis Kulit Muka Terlalu Berkilat Sampai Netizen Naik Risau

Ramai wanita kita inginkan kulit yang licin, putih gebu seperti wanita-wanita Korea dan Jepun. Ada yang sanggup berhabisan wang untuk membeli produk-produk dari dua negara itu yang bukan sahaja mahal, malah rutin penjagaan kulit mereka juga memerlukan produk dan langkah yang banyak.


Sesetengah wanita tidak mempunyai masa untuk itu, jadi ada yang mengambil jalan pantas dengan melakukan rawatan kosmetik atau menggunakan produk yang mengandungi bahan terlarang.

Sebuah perkongsian di Twitter yang tular baru-baru ini mempamerkan wajah seorang wanita yang sangat flawless bak patung porselin.

Kulit wajah wanita itu dilihat begitu ‘glowy’ dan berkilauan seperti permukaan belon, membuat ramai yang kagum dan takut dengan rupanya yang luar biasa itu.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan dilihat menyentuh kulitnya dengan jari untuk membuktikan bahawa bukan minyak yang menyebabkan kulitnya berkilauan seperti itu.

Berdasarkan komen dari netizen yang melawat laman TikTok wanita itu, dia dipercayai menggunakan produk yang didakwa mengandungi merkuri.

Rata-rata netizen juga berasa ‘seram’ melihat tekstur kulit wajah wanita itu yang tidak normal, sehingga ia dibandingkan dengan plastik.

“Ini bukan glowy, ini yang berlaku bila kulit dah rosak…”

“Tanda lapisan kulit terlalu terhakis…”

“Glazed donut…”

“Elastick girl…”

“House of wax…”

kredit HCL