Berat Bertambah Mendadak Sehingga 111kg, PU Syed Kini Gigih Turunkan Berat Badan, Kongsi Cara Hidup Baru

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri mendedahkan dirinya kini sedang menjalani proses menurunkan berat badan.

Justeru, menurut PU Syed, dia kini mengambil inisiatif dengan mengawal pemakanannya ekoran berat badannya sudah mencecah lebih 100 kilogram (kg).

“Hari kesepuluh (diet) 105.7 kg. Sudah turun 5.7kg.

“Sebelum ini berat asal ambe 111.4 kg,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.Dalam hantaran tersebut PU Syed turut memuat naik foto dirinya yang sedang berdiri di atas alat penimbang.

Katanya, dalam tempoh kurang dua minggu itu juga, dia cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet pemakanannya selain bersenam.

“Ambe setakat ini berpantang makan dengan hanya makan nasi segenggam dua kali sehari, lebihkan sayur dan tak minum manis.
“Serta ditambah senaman main ping pong dua tiga kali menang, berkebun dan mengangkat-angkat stok produk,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan sokongan kepadanya untuk terus mencapai misi mendapatkan berat badan ideal.

“Alhamdulillah ustaz, tahniah semoga terus istiqamah.

“Mesti kacak bila kurus nanti.

“Jangan kerap timbang ustaz, Seminggu sekalu sahaja. Semoga berjaya,” komen sebahagian pengikutnya.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   “Awak Tahu Ke Repair, Awak Pun Naik Motor Je!” Niat Nak Tolong, Lelaki Ini Terkedu Dituduh Cuba Menipu