“Memang Benar, Ada Laporan Daripada Pegawai Saya Kerana Ada Laporan Yang Saya Boleh Anggap Sebagai Satu Fitnah”

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pegawainya ada membuat laporan polis terhadap sebuah laporan, yang disifatkannya sebagai fitnah.

“Memang benar, ada laporan daripada pegawai saya kerana ada laporan yang saya boleh anggap sebagai satu fitnah yang dimaklumkan adalah fitnah yang terancang yang bertujuan memfitnah pemimpin daripada kerajaan ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail bagaimanapun tidak mengulas lanjut laporan yang dimaksudkannya. Jelasnya, namanya merupakan salah satu yang dikaitkan dan disebut dalam laporan itu.

“Sebagai ahli politik, kita sudah terbiasa dengan perkara seperti ini, tetapi kita tidak akan membenarkan tindakan fitnah,” katanya

“Ini adalah sesuatu yang peribadi dan saya tidak boleh menjawabnya di sini kerana ini adalah (platform untuk saya memaklumkan kepada orang ramai mengenai) tindakan kerajaan dalam membendung wabak Covid-19,” tambahnya.

kredit tun carlos

Artikel Berkaitan   Tak Pernah Ambil Upah Sesen Pun, Sekumpulan Wanita Bantu Jaga Kenderaan Para Lelaki Masa Solat Jumaat