5 Tips Nak Pilih Ketam Yang Padat Dan Penuh Isi, Jangan Terciduk Pula!

Ketam antara makanan seafood yang digemari ramai. Walaupun susah nak makan, tapi kalau sekali dapat isi yang sedap tu perghhh, memang memuaskan hati.

Tapi, macam mana nak tahu ketam tu ada isi yang mampat dan padu?Jom kami kongsikan caranya:

  1. Pilih ketam yang lebih berat

Semasa pilih ketam, make sure korang pilih ketam yang lebih berat bukan sizenya yang besar. Biar size kecil tetapi ianya berat.

  1. Pilih ketam betina

Pilih ketam betina kerana ketam betina mempunyai isi yang lebih manis dan sedap. Perbezaan ketam betina dan jantan adalah size tiga segi ini. Betina mempunyai size yang lebih besar.

  1. Warna kuning atau oren

Tengok bahagian tiga segi itu, kalau warnanya kekuningan atau keorenan maksudnya ia memang mempunyai telur dna isi yang padu.

  1. Warna kengkerang

Sebelum membeli,tengok pada cengkerang ketam, kalau warnanya kebiruan, ia menandakan ketam itu masih fresh!

  1. Bau ketam

Pastikan ketam berbau air laut bukan bau hanyir yang kuat.

Semoga tips ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih baik. Selamat mencuba!

kredit syok

Artikel Berkaitan   Mayat Warga Myanmar Sudah Tiga Hari Dibunuh, Polis Menemui Sebilah Pisau Yang Masih Tercucuk Di Leher. Ini Motif Pembunuhan