Remaja Wanita 11 Tahun Disahkan Mengandung Gara-Gara Kerap “Melayan” Remaja 14 Tahun Sebanyak 15 Kali

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar mengandung enam bulan selepas melakukan hubungan seks sebanyak 15 kali dengan rakan senegaranya di tangga sebuah rumah flat, di Jalan Ipoh, di sini.

Kejadian itu hanya terbongkar selepas ibunya membawa mangsa berusia 11 tahun untuk membuat pemeriksaan di klinik pada 1 Disember lalu sebelum disahkan mengandung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang Jumaat lalu.

Menurutnya, kanak-kanak itu mendakwa mengenali suspek berusia 14 tahun pada Mac tahun ini dan mula melakukan hubungan seks di tangga tempat mereka berkenalan sejak April hingga Jun lalu sebanyak 15 kali.

“Selepas itu mangsa tidak bertemu dengan suspek lagi sebelum ibunya yang membawa dia ke klinik mendapati mangsa mengandung.

“Susulan itu usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Tersalah Masuk 'Gear', Seorang Warga Emas Tidak Sengaja Merempuh Masuk Ke Dalam Kedai